Sunday 3 January 2016

#4 NABI HUD A.S




Hud AS, Allah telah menceritakan perihal kisah Nabi Hud AS didalam Al-Quran sebanyak 68 Ayat dari 10 Surah. Kurniaan Allah kepada kaum Aad amatlah banyak yakni diberikan tanah jajahan yang banyak dan kekuatan tubuh badan, kesuburan tanamannya dan mengalirnya sungai-sungai. Namun bangsa Aad ini adalah bangsa yang telah meninggalkan agama tauhid. Mereka menyembah berhala-berhala mereka lalu Allah mengutuskan Hud kepada mereka agar mereka beriman. Adakah mereka akan beriman??

Kisah ini dapat kita ambil sebagai pelajaran, semoga kita beriman dan meninggalkan larangan Allah. Allah memberi pengajaran kepada kaum terdahulu sebagai peringatan dan membiarkan buktinya ada sehingga kini sebagai keinsafan kepada kita. Kota Iram, iaitu kota peninggalan kaum Aad telah ditemukan sebagai bukti kekuasaan Allah dan kebenaran Al-Quran tentang ceritanya. Orang yang "berjasa" didalam penemuan ini adalah Lawrence of Arabia iaitu orang yang mencetuskan keinginan mencari kota yang hilang iaitu Kota Iram peninggalan kaum Aad.

*Ilmu tambahan*
LAWRENCE OF ARABIA

Lawrence of Arabia adalah orientalis dari barat yang bertanggungjawab menghasut pemimpin tanah arab untuk memberontak kepada kerajaan Turki Uthmaniah pada tahun sekitar 1916-1918. Disebabkan hasutan beliaulah yang mendorong kepada bebasnya tanah Arab dari kekuasaan kerajaan khilafah islam iaitu Turki Uthmaniah dan beralih kepada kekuasaan King Saud. Kerajaan yang baru ditubuhkan itu adalah Arab Saudi yang kita kenali hari ini. Lawrence of Arabia juga seorang Leftenan Kolonel Tentera Diraja Britain dan meninggal dunia pada 19 Mei 1935 kerana kemalangan jalanraya dan umurnya ketika itu 45 tahun. 

Lawrence of Arabia


Monday 14 December 2015

#3 NABI NUH A.S







Nuh A.S, hampir seribu tahun lamanya baginda berdakwah kepada kaumnya. Pelbagai cabaran, hinaan dan tohmahan diterimanya selama itu hinggakan namanya tergolong dalam Rasul Ulul Azmi. Dakwahnya dipelbagaikan cara, mengingatkan kaumnya akan kebesaran Tuhan adalah amalan hariannya. Namun hanyalah beberapa orang sahaja yang beriman sedangkan yang lainnya kafir terhadap Allah. Hinggakan Allah memerintahkan Nabi Nuh untuk membina sebuah bahtera bagi keselamatan orang-orang mukmin. 

Lihatlah kehancuran kaum-kaum terdahulu yang ingkar terhadap perintah Allah agar menjadi peringatan kepada kita semua. Sepertimana firman Allah;.




"Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yanterdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim, dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka); Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri."

Jauhkanlah diri kita dari tergolong dalam orang yang binasa, carilah cahaya kehidupan agar kita dapat rahmat dari Allah. Amin. Selmat menonton ye!!:)

Bukit Judi, dikatakan menjadi tempat pendaratan Bahtera Nuh setelah Nabi Nuh dan pengikutnya melayarkan bahtera yang amat besar akibat banjir besar yang menelan bumi dengan air



Thursday 10 December 2015

#2 NABI IDRIS A.S







Nabi Idris A.S adalah rasul kedua yang kita wajib ketahui setelah Nabi Adam A.S. Idris adalah gelarannya dan nama sebenarnya adalah Anukh. Baginda diutuskan kepada Bani Qabil yakni keturunan dari Qabil yang banyak membuat kerosakan di Bumi pada ketika itu. 

Antara sumbangannya dalam ketamadunan manusia adalah mencipta kain untuk dijadikan baju yang sebelum itu pun manusia menjadikan kulit kayu dan binatang sebagai alas pakaian. Baginda juga adalah orang pertama yang menguasai sistem berkomunikasi yang pertama di dunia serta menulis huruf-huruf untuk menjadi perkataan-perkataan melalui bahasa berkomunikasi pada waktu itu. 

Kuda dijinakkan sebagai kenderaan termaju waktu itu dan juga menjadi orang pertama membina ketenteraan berkuda. Sesetengah riwayat menceritakan tenteranya Idris adalah dari kalangan tentera berjalan dan tentera berkuda. Subhanallah, maha suci Allah yang menurunkan kebijaksaan kepada hamba-Nya, Idris A.S.

Persoalannya, SEJARAH BARAT pula mengatakan manusia bermula dengan zaman ais?? kononnya manusia tidak tahu apa-apa dan berkelakuan seperti haiwan sebagaimana yang didakwa Charles Darwin dan pendukungnya. Adakah ini benar?? Lalu kononnya manusia berkembang dari satu tangga ke satu tangga yakni berkembang dari zaman ais terus ke zaman batu, zaman besi dan seterusnya berkembang lagi menjadi zaman palaeolitik, neolitik, mesolitik seperti yang diajarkan kepada anak-anak kita dan kita juga pernah mempelajarinya di sekolah dulu bukan??


Adakah Allah menurunkan manusia ke Bumi sebagai khalifah dengan sehina ini tanpa sebarang ilmu dan hikmah????
.
.
.
.
.
Inilah peralatan yang katanya berasal dari zaman logam
.
.
.
.
.
Beginilah gambaran Barat mengenai perkembangan tamadun manusia bermula


Wahai saudara semuslimku, ingatlah dan kembalilah kepada Al-Quran dalam mempelajari Siapakah KITA, Ingatlah ketika Allah Berfirman;




"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab SucAl-Quran yang menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup) kepada umat manusia seluruhnya. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beramal menurutnya), maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (tidak berpandu kepadanya), maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri; dan engkau (wahai Muhammad - hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang menguasai (keadaan dan bawaan) mereka."
(Az-Zumar 39:41)
Sesungguhnya, jika kita ingin kekal dalam kebenaran maka jadilkanlah Al-Quran sebagai panduan kehidupan dalam seharian. Moga kita terselamat daripada agenda-agenda serta propaganda yang boleh menggugat keimanan kepada dasar Islam yang sebenar.

Tuesday 8 December 2015

#1 NABI ADAM A.S







Assalamualaikum, Nabi Adam adalah Bapa kepada umat manusia. Di dalam Islam, malah didalam Al-Quran pun tidak pernah tercatat perkataan yang mengatakan asal-usul manusia adalah melalui evolusi monyet/beruk/bigfoot dan seangkatan dengannya!!! Anda tak percaya?? Kaji sendiri Al-Quran, berikan kepada saya ayat Al-Quran tentang kejadian manusia dari beruk/monyet dan seangkatannya. Kita diciptakan oleh Allah dengan sempurna dan sesungguhnya hebat sekali kuasa Allah. Subhanallah!!!

Evolusi yang dikatakan sebagai asal-usul manusia ini hanyalah sebuah kisah dongeng sahaja


Evosuli monyet/beruk bukanlah sejarah kita, ialah hanyalah sebuah teori dan khalayan para pengamal Sains Barat sahaja. Tokoh yang menjadi parasit ini ialah Charles Darwin dan para pendukung teori itu. 'EVOLUSI MANUSIA.. IA HANYA SEBUAH TEORI". 

Charles Darwin, mengeluarkan teori yang mengatakan manusia berevolusinya dari haiwan berbulu iaitu beruk
Video sirah animasi diatas adalah cerita melalui Al-Quran berkenaan SEJARAH SEBENAR MANUSIA dan ISLAM!!! Semoga semua menghayatinya dan mengambil pelajaran darinya!! Selamat Menonton!!!! 



PENGENALAN


Kami akan menerbitkan video animasi sirah 25 Rasul dan video kesedaran tentang Islam dan sejarahnya


Alhamdulillah, blog ini adalah blog kedua saya untuk tontonan umum, tujuan saya berkongsi video-video sirah animasi ini bukanlah sekadar untuk menghibur sahaja. Objektif lainnya adalah untuk membuka mata-mata umat Islam kita kini yang dibayangi Barat tentang sejarah-sejarah sebenar kita. Semoga apa yang saya kongsikan dihalalkan oleh sumber-sumber yang secara langsung ataupun tidak langsung terlibat didalam menerbitkan blog ini. Untuk anak-anak kita, selain hiburan menjadi tanggungjawab kita mengajarkan perkara yang haq kepada mereka. Semoga kita akan kekal dijalan kebenaran. Allah bersama kita. sirah ini akan memaparkan kisah 25 orang Rasul yang wajib kita ketahui dan video-video selanjutnya adalah video-video kesedaran terhadap Islam. Antara Video Sirah Animasi yang diterbitkan ialah berkenaan nabi-nabi yang berikut;

1.   ADAM AS 

2.   IDRIS AS

3.   NUH AS

4.   HUD AS

5.   SALEH AS

6.   IBRAHIM AS

7.   LUTH AS

8.   ISMAIL AS

9.   ISHAQ AS

10. YAAKUB AS

11. YUSUF AS 

12. AYUB AS

13. SYU'AIB AS

14. ZULKIFLI AS

15. MUSA AS

16. HARUN AS

17. DAUD AS

18. SULAIMAN AS

19. ILYAS AS

20. ILYASA' AS

21. YUNUS AS

22. ZAKARIA AS

23. YAHYA AS

24. ISA AS

25. MUHAMMAD SAW

Selamat menikmati kepada semua!! Semoga Allah memberikan hidayah kepada hamba-hambanya yang mencari keredhaan. Amin!!!